Friday, July 23, 2010

sang ku riang episod 6

*lama tertunggak kerana seorang krew telah diberkas oleh pihak berkuasa kerana positif dadah jenis shieldtox blue

89/32 Jalan Buntu... ya, sememangnya sang ku riang telah menemui jalan buntu kali ini, namun jalan buntu sering kali mempunyai sambungan ke 43/21 Jalan Penyelesaian yang membawa beliau menuju ke sebuah kota lama "Tee Duck Ber Numb Ma"... khabarnya seorang gila telah mengamuk kerana tidak terpilih dalam menyertai pertandingan ratu-ratu kebaya kerana betis nya yang tegap mendada... bukan calang-calang orang dapat menentangnya, kerana ilmu muay kung fu nya telah berada di tahap tertinggi setinggi Sears Tower, Chicago, Illinois...(sedangkan si sang ku riang tidak tahu pun Chicago tu ape... tp ske mkn Chicago Beef kat 1901)

Sang ku riang melangkahkan kakinya yang hampir kebas akibat berjalan terlalu jauh meredah sungai dan 'highway', bukit bukau dan pejabat PTPTN, lautan dan cyber cafe... segalanya demi tuan puteri Sang Too Bonk yang di cintainya, alangkah tingginya martabat cintan sang ku riang yang mana sanggup meredah berbagai onak dan duri. Langkahan pertama sang ku riang diikuti dengan gerakan beberapa pasang anak mata yang mengekori gerak langkahnya, namun sang ku riang masih belum sedar akan dirinya sedang diperhatikan... beliau masih meneruskan perjalanan ke tengah kota yang mana bangunan sudah agak lusuh akibat tidak dijaga dan terabai... seperti biasa dengan rasa ingin tahu yang tinggi sang ku riang berteriak seakan memberitahu kehadirannya "Honey.. I'm home..." belum habis lagi dia berteriak, terdengar akan bunyi-bunyian seakan tin aluminium jatuh..."KEBABOMMM!!!"(lebih kurang)...

Sang ku riang tersentak lalu menoleh mencari-cari dari arah mana datangnya gema itu, dengan bersenjatakan senjata tradisional seperti AK47 7.62mm beliau bersedia menghadapi apa jua serangan, namun bunyi yang disangkakan datang dari musuh ternyata salah anggap namun sebaliknya hanyalah seorang gadis yang tersepak bom tangan buatan Jepun pada era 40an... gadis itu mengalami luka parah akibat letupan tersebut... jarinya mengalami kekejangan dan gincunya tidak sekata... sang ku riang berlari mendapatkan gadis tersebut dengan niat yang ikhlas ingin membantu dan mendapatkan nombor telefon. Setelah tiba di tempat letupan tersebut, sang ku riang menegur "How you doing?"... dan si gadis itu menoleh ke arah sang ku riang yang ada di belakangnya dan alangkah seramnya apabila.... bersambung

No comments:

Post a Comment