Sunday, March 14, 2010
sang ku riang episod 4
sambungan episod 3.... dengan berbekalkan azam dan tekad yang tinggi, serta khasiat dari pemakanan spirulina, sang ku riang meneruskan perjalanan ke black area "ai don ting so"... memulakan perjalanan ke kubu kuat malla per tucka untuk mengembalikan tuan puteri sang too bonk... sebermulanya perjalanan sang ku riang, beliau terserempak dengan seorang buta yang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran dan menjadi pakar mata di hospital doktor Ismadie yang terletak di jalan sekantan berdekatan perkarangan komplex beli belah "ke el si si" ... sedang si buta meraba-raba dalam gelap, sang ku riang dengan penuh sopan santunnya memberi salam kepada si buta itu... "oi budak"... lalu si buta itu menjawab dengan kasar... "ye saya, boleh hamba bantu?" lalu berbuallah kedua-dua manusia ini tadi... sang ku riang amat berbesar hati ingin membantu si buta ini tadi, dengan menggulungkan segulung rokok malroy 20's extreme hard pack, beliau berfikir hingga lah sang ku riang teringat akan satu jenis tumbuhan yang dapat membantu si buta ini menjadi celik tapi tidak semestinya cerdik, tapi si buta ini berani mengambil risiko untuk mencuba perubatan herba ini tadi... herba ini amat sukar mencarinya, sedangkan nama tumbuhan ini pun sukar untuk disebut, "room poot", herba ini amat tinggi khasiatnya... dikatakan dapat menyembuhkan penyakit seperti... cekik darah, naik hantu, b1n1, dan 1001 penyakit lain... lalu dicubanya pada si buta malang dan bercita-cita tinggi itu... dengan izin tuhan... si buta itu telah sembuh sepenuhnya dan menjadi celik matanya... namun buta akalnya... hinggakan dia tidak lagi mengenali dirinya sendiri, puas ditatap kad pengenalan, namun dia tidak percaya itu namanya... "pim mai raid". Sebelum ini beliau menyangkakan nama beliau seindah "ri kar do kaka" atau "keris ti ya no ronaldo" namun anggapan seindah mimpi yang hilang bila tiba pagi... namanya seburuk kain buruk dan busuk lagi hina dan tercampak di merata-rata... sang ku riang cuba menjelaskan bahawa itu semua dugaan, si "pim mai raid" akur dengan kehendak takdir... setelah bersalam-salaman, sang ku riang meneruskan perjalanan dengan perasaan riang dan 15.3% takbur kerana berjaya menolong seorang buta... kini perjalanan sang ku riang lebih kurang 345.21 km sahaja lagi... dan masa terasa begitu lambat berlalu untuk dia tiba ke "ai don ting so", namun semangat sang ku riang masih belum luntur tatkala beliau menyanyi-nyanyi lagu romantis 40an... sehinggalah nyanyianya terhenti kerana... bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sumpah lawak gile doh! HAHA
ReplyDeleteahahahah terbaik laa gee!
ReplyDeletekeep it up..
korek lg idea tu..
can't wait for the continue...