Friday, March 19, 2010

sang ku riang episod 5


Sambungan episod 4... nyanyian sang ku riang terhenti kerana beliau terdengar suara merdu berlagu (dengan not C#7) "woi, diam la mangkuk!" yang sememangnya ditujukan kepada sang ku riang... puas dia mencari dari mana datangnya suara yang seolah memanggil-manggil sang ku riang... setelah puas mencari, sang ku riang putus asa dan meneruskan perjalanan hinggalah tiba sebuah kampung yang diberi nama 'tar coat hunt too"... dari pintu gerbang ke kampung itu... terlihatlah beberapa buah rumah usang lagi menyeramkan yang tersergam indah seperti banglo, semi D dan condo setinggan... lagi tambah menyeramkan, terdapat beberapa kubur tidak bernama di tepi laluan pejalan kaki, dan di setiap nisan terdapat 'greeting card' 'happy Halloween' sang ku riang mula berasa seram sejuk di bulu kakinya, namun dia cuba buat tak endah dengan meneruskan perjalanan tatkala hari semakin gelap dan langit menunjukkan tanda hari akan hujan tidak lama lagi, sang ku riang cuba mencari tempat berteduh dengan menuju ke rumah paling mewah dengan harapan dapat merasa santapan yang lazat-lazat... beliau tiba di sebuah rumah yang tersergam indah bak istana, bertatah kan daun nipah sebagai atap, kayu reput sebagai dinding, dan lampu pelita sebagai "garden light".. sang ku riang memberi salam dengan hormat dan harapan "woi, baik kau bukak pintu ni sebelum aku pecahkan"... tidak berapa lama... terdengar pintu dikuak dan muncul satu lembaga yang didepan pintu menjemput sang ku riang masuk ke dalam, sang ku riang memulakan langkah ke arah pintu rumah tersebut, semakin jelas susuk tubuh seorang perempuan berusia dalam lingkungan awal 20an... lalu dinyalakan lampu picit LED dan menyuluh wajah gadis itu, sungguh cantik wajahnya... tapi sayangnya... bermisai! tapi sang ku riang mengabaikan paras rupa gadis itu kerana ingin tumpang berteduh pada malam itu... setibanya di dalam rumah, si gadis itu menjemput sang ku riang menjamu selera dengan santapan makan malam yang sungguh enak dan lazat seperti ayam langgar panggang, kambing keracunan masak sup, dan ikan bandaraya goreng... sang ku riang sungguh berselera menghadap santapan yang disediakan oleh si gadis itu, selepas bersantap, sang ku riang mengucap syukur dan menyalakan sebatang rokok malroy... beliau dalam keadaan "topless" dan menayangkan tubuh sasa kurang zat kepada gadis ayu bermisai itu... mereka berbual tentang topik semasa seperti "foreign exchange", "stock exchange" dan kelemahan lain "superman"... sedang rancak berbual, tiba-tiba guruh berdentum memecah keheningan malam yang sememangnya sunyi ditemani bunyi cengkerik dan lagu-lagu "R&B" dan "house" dari 'club "euw fo ria"' kampung seberang, maka terdiam lah sang ku riang dan si gadis misai itu seketika, seumpama melihat 'paranormal activity' di depan mata... selepas itu sang ku riang cuba memulakan bicara semula namun si gadis itu hanya diam dan tersenyum... senyuman yang amat menyeramkan pada sesiapa yang memandang... sang ku riang mula terdiam dan terasa bulu kakinya meremang, gadis misai itu mula berubah menjadi suatu lembaga yang tidak amat menyeramkan sang ku riang... lembaga hasil dalam negeri! sang ku riang sudah 2 tahun cuba lari dari membayar cukai pendapatan atas alasan membayar hutang "ah ngah"... sang ku riang akhirnya menjelaskan secara online dan dibebaskan dari sitaan harta benda... subuh telah tiba... suara unggas sudah mula memecah keheningan pagi dan sang ku riang baru terjaga tidur berteman mimpi ngeri... setelah mandi dan bersiap-siap untuk memulakan perjalanan semula, gadis bermisai itu menyiapkan sedikit sarapan untuk sang ku riang santap sebelum memulakan perjalanan sejauh 290.21km ke 'ai don ting so'... setelah mengucapkan terima kasih atas tumpangan beliau di rumah si gadis ayu bermisai itu, sang ku riang meneruskan perjalanan ke arah 324.43.12 km tenggara... sehingga kini perjalanan sang ku riang masih belum menemui jalan buntu dan rintangan yang melemahkan semangat beliau... hinggalah sang ku riang tiba ke sebatang jalan beralamat, 89/32 JALAN BUNTU... bersambung...

No comments:

Post a Comment