Sunday, April 18, 2010

aku sebijik pendrive...

Aku sebiji pendrive, aku diberi nama "queenstone XG16tb", aku diberi nama 'tb' bukan kerana aku dijangkiti virus TB tetapi kerana mewakili saiz storan aku iaitu "16TB (16 terlebih bait)" aku dilahirkan di sebuah kilang yang berteknologi tinggi untuk memasang komponen-komponen komputer masa kini.

Setelah dibungkus dengan kemas, aku dihantar ke kedai-kedai peralatan komputer yang mana aku dan kembar-kembar ku akan dijual seperti hamba atau mungkin seperti belacan di pasaran gelap, cuma di kedai yang mana aku dan saudara-saudara ku yang lain di jual ini tempatnya terang benderang. Diam tak diam, rupanya dihadapan ku terdapat beberapa buah 'pendrive' lagi, dan aku sempat mengenali salah sebiji dari mereka.... "Wati" namanya... sungguh indah nama itu, alangkah bagusnya jika aku mendapat nama sedemikian, tapi.. malang nasibku... Wati telah dibeli oleh seseorang umpama 'kupu-kupu malam' dan pergi meninggalkan aku sendirian di rak bahagian "storage device" berdekatan dengan bahagian "speaker" yang senantiasa membingitkan gegendang telinga aku.

Pada suatu hari, seorang lelaki telah datang dan menjadi tuan ku buat selamanya... aku kini sentiasa diguna pakai untuk kerja-kerja hariannya. Tidak kira di pejabat atau pun ke parti-parti liar, mahupun semasa khutbah jumaat, aku sentiasa dibawa untuk menyimpan data-data penting bagi tuan ku. Ingin ku kenalkan namanya... Tom Marshall Hoyeh... seorang penganalisa saham-saham yang berpotensi untuk dilaburkan oleh syarikat-syarikat swasta seperti sport toto, magnum 4d dan lain-lain...

Beberapa bulan telah berlalu dan syarikat-syarikat lain telah mengeluarkan kaum-kaum sejenis ku untuk dijual dengan rekaan yang lebih menarik dan saiz simpanan yang lebih besar, tuan aku sudah mula berminat untuk membeli sebuah lagi 'Pendrive' untuk digunakan dalam hal ehwal kerjanya... dan aku pula untuk menyimpan lagu-lagu dan video klip lucah kegemarannya. Pada mulanya aku merasa seperti masih lagi berguna dan mampu berkhidmat demi tuan aku, sehinggalah pada suatu hari, aku telah dijangkiti sejenis virus yang belum ditemui penawarnya... Sudahlah jatuh ditimpa signboard, aku telah disahkan corrupted dan dibaling ke lantai sebagai tanda marah oleh tuan ku terhadap nasibnya yang malang... kini aku telah hancur berderai dan hati ku juga kerana menjadi alat pelepas geram yang amat berkesan...

Begitulah nasib diriku, aku sebijik pendrive...

No comments:

Post a Comment