Wednesday, June 16, 2010
Angan-angan...
<<Daydream by Paul Cesar Helleu
Yeap! dalam dunia sekarang, semua nak kena bayar, nak parking, nak buang air, nak minum air, buang air balik, makan, buang air besar... itu baru cerita soal "nature call", dan keperluan hidup, belum lagi yang mencakupi keinginan pulak, jadi aku kebanyakan masa terluang aku isi dengan berangan dan aku rasa ramai lagi yg suka berangan nih sebab free dan selalunya angan-angan mesti yang baik-baik, indah-indah.
Kalau bab berangan ni, aku memang suka sebab kekadang bila aku tengah lepak dengan kawan-kawan pun aku sempat berangan dan termenung (sape prasan?) bukan apa, memang aku jenis kuat termenung dan lagi suka khayal (bkn under influence!). Antara angan-angan yang aku rasa paling top adalah berangan nak jadi kaya atau pun berjaya dalam hidup, ada kadang-kadang berangan "kalau lah aku ada RM 10,000,000.00 dalam akaun" x pun... "kalau la aku sepupu Bill Gates" dan kadang-kadang bagi lelaki "kalau lah Reese Witherspoon tu gf aku" ataupun "XXX" (hehehe)
Apa angan-angan selalunya bergantung pada apa yang seseorang individu itu inginkan, atau impikan dan mula memasang angan-angan dan langkah usaha dimulakan, itu yang sebaik-baiknya ataupun sekadar angan-angan yang terus di angankan (macam aku) tanpa sebarang usaha atau langkah untuk memastikan angan-angan tadi mungkin jadi kenyataan.
Orang-orang genius kebanyakannya berangan sebagai sumber inspirasi seperti Albert Einstein, Leonardo da Vinci, dan menjadikan usahawan-usahawan berjaya seperti Richard Branson dan Peter Jones dan orang-orang yang kreatif seperti Walt Disney dan Beethoven. Mereka menggunakan angan-angan sebagai sumber inspirasi, pendorong, ilham dan sasaran atau arah tujuan dalam hidup.
Jadi berangan tak salah, tapi jangan la setakat berangan sampai lebam, make it happen!!!
p/s aku pun x tau ape aku merepek... hihihi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul betul. berangan tak salah.
ReplyDeletetapi berpada2 la.
haha
aku dh usaha dh
ReplyDeletetp xdpt pub
incik jaja... berangan tu kan da jd lumrah
ReplyDeletepuan razlan... jgn lupa lan, rezeki tuhan punya kuasa beb!
ReplyDelete