Satu dunia gempar bila komando israel menyerang kapal konvoi, menggegar bumi Gaza, walaupun setelah berpuluh-puluh tahun bumi Palestine dihentam peluru israel, di robek bom, dirobek dengan tuduhan sebagai pengganas oleh puak yahudi yang satu masa dahulu hanyalah sebuah kaum yang tidak bertanah, tidak mempunyai negeri, namun kini mereka memegang dunia seolah-olah mereka adalah kaum majoriti.
Terus-terang aku katakan...
aku kagum dengan yahudi, benar-benar bangkit dari abu selepas ditindas, dibunuh, dan diseksa pada zaman perang dunia ke-2, mereka bangkit setelah jatuh, berjaga selepas mimpi ngeri, dan terus mara tanpa menoleh ke belakang lagi, perancangan demi perancangan dilakukan demi menjatuhkan musuh mereka iaitu Islam, dan setakat ini.... rancangan mereka amat berjaya. Dengan perang psikologi yang mereka sebarkan melalui arak, dadah, seks, dan cara hidup yang amat bertentangan dengan ajaran Islam, amat mendapat sambutan dari umat Islam sendiri.
Aku tidak ingin berkhutbah, cuma sekadar mencurahkan apa yang terpendam...
aku juga byk berbuat dosa dari dahulu hingga kini dan hingga saat nafas aku terhenti. Aku pernah merasa nikmat hidup yang dikatakan "jiwa muda" oleh golongan muda zaman ini, aku pernah minum minuman keras, aku merokok dan aku pernah merasa hubungan yang sepatutnya halal selepas pernikahan, cuma aku masih tidak pernah menyentuh dadah yang pada aku amat berbahaya untuk seorang yang amat tipis imannya seperti aku. Dan terus-terang padaku, dadah itu najis!
Sudahlah tentang aku, cerita untuk kita...
mujurlah aku tiada ramai pembaca, kalau tidak.. mesti aku dah dibenci masyarakat sebab isi penulisan aku kekadang berunsur perkauman terhadap bangsa aku sendiri, tapi ini apa yang aku nampak dan apa yang aku fikirkan, bukan tarik perhatian, tapi apa yang aku rasa kebenaran, dunia kian tua, dan seingat aku... aku pernah terdengar yang mana tatkala Rasulullah SAW diangkat ke langit dalam peristiwa Isra Mikraj, Rasulullah telah berjumpa dengan seorang tua yang bongkoknya hanya tinggal sejengkal dari tanah, dan Jibrail berkata "itu lah usia bumi"... dan peristiwa Isra Mikraj itu berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum peristiwa Hijrah bersamaan 721 masihi... bayangkan tua nya usia si bumi.
Tanda-tanda kecil sudah berlaku:
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
Ya Allah...
Sungguh aku tidak bersedia, menghadap detik akhir zaman, dunia yang aku kenali akan hancur ibarat sebuah hamparan yang digulung, bukit-bukau dan gunung-ganang menjadi padang, si gagah merayu keampunan, si jelita tidak dihirau, namun yang beriman terhadapNya menjadi isi syurga...
amin
ReplyDelete